Che Abd Rani Mohd Penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Negeri Terengganu 2012
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu 2012 telah diadakan pada 14 Mei 2012 yang lalu bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. YAB Dato' Seri Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu telah menyempurnakan majlis berkenaan yang dihadiri oleh YB Dato' Mazlan bin Ngah, Setiausaha Kerajaan Terengganu, pegawai-pegawai tertinggi dan penjawat awam dari seluruh jabatan-jabatan dan agensi-agensi negeri Terengganu. Di majlis tersebut, Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Negeri, Tuan Haji Che Abd Rani Mohd telah terpilih sebagai salah seorang penerima anugerah perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2012.
Sedikit pengenalan biodata, beliau dilahirkan paa 30 Disember 1954, berkelulusan M.Sc. (Teknologi Maklumat) (UUM), B.B.A. (Hons.) (UKM), Diploma in Business Studies (ITM). Pernah berkhidmat di beberapa agensi kerajaan seluruh negeri Terengganu selama lebih 20 tahun. Sehingga kini, beliau menjawat sebagai Pengarah Unit Pengurusan Negeri Terengganu dan pernah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Jabatan pada tahun 2010.



































