Bahagian Operasi dan Rangkaian

Ditulis pada .

Unit Pentadbiran Sistem

  1. Perkakasan server dan sistem pengoperasian
    • Mengawasi dan mengemaskini server-server di Pusat Data Negeri.
    • Mengurus perisian-perisian yang digunakan diserver.
  2. Mentadbir pangkalan-pangkalan data.
    • Melakukan 'housekeeping ke semua pangkalan data bagi server-server yang ditempatkan di UPMN.
    • Melakukan peningkatan pangkalan data mengikut versi terkini.
    • Menyimpan satu salinan program asal bagi setiap sistem aplikasi yang dibangunkan.
    • Menjalankan 'backup' pangkalan data mengikut jadual.
    • Mengemaskini senarai sistem-sistem aplikasi terkini yang diserahkan kepada bahagian operasi.
  3. Mengurus inventori komputer di unit ini.

Unit Rangkaian Komunikasi

  1. Mengurus operasi rangkaian rasmi telekomunikasi kerajaan negeri Terengganu*Net.
  2. Mengawasi server-server (sub_domain) yang ditempatkan di UPMN.
  3. Bertanggungjawab ke atas pengujudan dan pengemaskinian alamat-alamat email
  4. Mengawasi dan mengemaskini server web , server DNS dan server email.
  5. Mengurus inventori komputer di unit ini.

Unit Sokongan Teknikal/Keselamatan ICT

  1. Memberi khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan negeri.
  2. Menyelaras sokongan teknikal bagi perkakasan komputer di Wisma Darul Iman.
  3. Menyelaras kumpulan petugas Help Desk.
  4. Mengurus inventori komputer di unit ini.
  5. Bertanggungjawab dalam pengurusan Keselamatan ICT Kerajaan Negeri secara keseluruhan.
  6. Bertanggung jawab dalam merancang dan melaksana program keselamatan ICT.
  7. Bertanggung jawab dalam pembangunan , pelaksanaan dan penyelenggaraan Dasar keselamatan ICT Kerajaan negeri.
  8. Menguatkuasa dan memastikan pematuhan kepada Dasar keselamatan ICT Kerajaan negeri.
  9. Membantu dalam pembangunan standard dan garipanduan keselamatan ICT Kerajaan Negeri.
  10. Mengaudit keselamatan ICT berasaskan kepada dasar, standard dan garispanduan keselamatan ICT.