Majlis Pra Pelancaran EKSPO Terengganu 2018

Ditulis pada .

   Majlis Pra Pelancaran EKSPO Terengganu telah diadakan pada 4 Februari 2018 di Foyer Tingkat 2, Wisma Darul Iman. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman.

Pertandingan Go-Green -3R Wisma Darul Iman

Ditulis pada .

   Pertandingan Go-Green -3R Wisma Darul Iman telah diadakan pada 22 Januari 2018 di Parkir Skylift, Wisma Darul Iman. Langkah ini adalah salah usaha untuk menerapkan budaya mendidik para penjawat awam di Terengganu dalam mengelola dan menanggani sampah melalui kaedah terbaik iaitu 3R (Reuse, Reduce & Recycle).

Majlis Perhimpunanan Warga Kerja Wisma Darul Iman Dan Anugerah Cemerlang Bulanan

Ditulis pada .

   Majlis Perhimpunan Warga Kerja Wisma Darul Iman Dan Anugerah Cemerlang Bagi Bulan Oktober, November serta Disember 2017 telah diadakan pada 3 Januari 2018 bersamaan 15 Rabiul Akhir 1439 Hijrah di Dewan Besar, Wisma Darul Iman. Sijil kecemerlangan telah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Berhormat Dato’ Haji Wan Nawawi Bin Haji Wan Ismail.