Majlis Anugerah Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman

Ditulis pada .

   Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman Tahun 2017 telah diadakan pada 7 Jun 2017 bersamaan 12 Ramadhan 1438 Hijrah di Dewan Besar, Wisma Darul Iman Kuala Terengganu. Sijil kecemerlangan telah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Berhormat Dato' Haji Wan Nawawi Bin Haji Wan Ismail.

  Di majlis yang sama, beliau turut menyampaikan ucapan mengenai prestasi kerja penjawat awam semasa di bulan ramadhan. Berdasarkan pemerhatian beliau kualiti kerja semakin perlahan ketika di bulan ramadhan. Beliau berharap penjawat awam dapat mengekalkan prestasi kerja walaupun berada di dalam bulan ramadhan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Asrol Hizan Bin Aziz yang bertugas sebagai Pemandu Kenderaan Gred H11 di Unit Pengurusan Maklumat Negeri. Terima kasih diucapkan diatas komitmen dan pencapaian beliau sepanjang berkhidmat di Unit Pengurusan Maklumat Negeri.