Ekspo Terengganu 2018

Ditulis pada .

  

   Ekspo Terengganu 2018 telah diadakan di Stadium Gong Badak Kuala Nerus pada 25 Februari hingga 3 Mac 2018. Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Sebuah unit apartmen, satu lot tanah perumahan dan satu lot tanah pertanian adalah tiga hadiah utama ditawarkan kepada pengunjung Ekspo Terengganu 2018

   Pelbagai lagi hadiah cabutan bertuah termasuk sebuah kereta, tujuh motosikal dan pelbagai barangan elektrik. Ekspo Terengganu 2018 anjuran kerajaan negeri diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada rakyat tentang kejayaan pembangunan yang dilakar di Terengganu.Penyertaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan pada ekspo itu juga akan memberi manfaat kepada rakyat dalam mendapatkan maklumat berkaitan dan dianggarkan lebih 100,000 pengunjung hadir sepanjang ekspo itu berlangsung selama seminggu.