Sambutan Hari Raya Aidilfiri Kelab Wisma Darul Iman 2018

Ditulis pada .

   Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kelab Wisma Darul Iman telah diadakan pada 5 Julai 2018 bersamaan 21 Syawal 1439 Hijrah di Dewan Besar Wisma Darul Iman. Di perkarangan U2 pula, majlis telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dr Ahmad Samsuri Bin Mokhtar selaku Menteri Besar Terengganu. Hadir sama, barisan Exco serta pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat di Negeri Terengganu. Menteri Besar telah menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada warga Wisma Darul Iman

   Beliau turut menyampaikan duit raya kepada pelajar-pelajar sekolah. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim juga dikalangan orang miskin. Warga Wisma Darul Iman diwajibkan berpakaian lengkap baju melayu bagi lelaki dan berbaju kurung bagi wanita. Kehadiran para jemputan yang terdiri daripada tetamu dikalangan ahli Kelab Wisma Darul Iman, kakitangan Wisma Negeri, jabatan-jabatan dan tetamu sekitar Kuala Terengganu. Aneka juadah makanan disediakan antaranya sate, ketupat, lemang, laksa, keropok, nasi dagang, nasi minyak, meee jawa, soto cendol dan sebagainya. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini telah berakhir pada jam 2.00 petang.